Thursday, February 23, 2012

aku tahu kisah hidupnya...air mata AKI~

Telah sebulan berlalu. AKI terlalu ingin menatap mata itu. Tidak mengerti, atau berbuat tidak mehamami apa yg menghalang. EGO bertepuk tanda kemenangan. AKI cb utk berkongsi perasaan itu, dgn lelaki dlm hidupnya..tp AKI gagal. Perasaan itu ditahan, ditahan sehingga AKI xtahu smpai bila akhirnya. Perubahan status AKI bagaikan tidak membawa makna tanpa RATU nya di sisi. AKI sedar, AKI yg perlu memulakan langkah utk berbicara. Tp AKI takut. AKI risau bicara itu tidak berbalas. Pada AKI, biarlah waktu dan detik masa yang menentukan. Beberapa persoalan menerjah ke pemikiran AKI.Benarkah RATU sayangkan AKI?Jika benar, tidakkah RATU rindu pd AKI? tidakkah RATU ingin menemui AKI? Walau utk sementara, tidakkah RATU ingin mengetahui perasaan AKI setelah menjadi tunangan orang? sebelum menjadi isteri orang? Tidakkah RATU?? Mata AKI bergenang, dgn perlahan air mata itu meluncur satu persatu di pipi AKI. Menderita dengan kenyataan itu, AKI pasrah.

Sunday, February 12, 2012

ku tahu kisah hidupnya..bhgn 2..proud bride 2be~

AKI sibuk.diam xdiam,AKI xsedar sudah hmpir 3 minggu AKI menjadi tunangan org. Dan selama itulah lah AKI belajar utk mjadi insan terbaik utk lelaki dlm hati AKI.perancangan utk mndirikan rumahtga bersama lelaki itu adalah perancangan tanpa sedar.tapi AKI redha dgn segala perancangan itu.AKI tahu Allah sedang merancang sesuatu utk AKI. AKI bahagia. Memg itu yg AKI harapkan. Mencari tmpt berteduh.Mencari secebis kasih sayang hakiki yg belum pernah AKI rasai. AKI sgt bersyukur. Syukur dgn nikmat yg dikurniakan olehNya.Nikmat persahabatan yg membibitkan rs kasih dua hati. Nikmat dunia yg AKI xpernah rs sewaktu AKI memerlukan perasaan itu dahulu. Dan kini AKI tahu itu sume bakal berakhir..berakhir dgn lafaz suci yg AKI sdiri xkan pernah petcaya AKI akn melalui saat itu nnt.ALHAMDULILLAH YA ALLAH. Sungguh besar nikmat dan kurniaanmu. Sehingga saat ini, AKI sdg menanti dan akn terus menanti..berdoa mengucap syukur tanpa henti. berbangga dgn diri sdiri.

Monday, February 6, 2012

aku tahu kisah hidupnya...antara cinta dan cita-cita~

sampul itu dibuka dgn penuh tanya...AKI membaca ayat itu satu persatu. Alhamdulillah, doa ku dimakbulkan, getis hati AKI. titis air jatuh di mata AKI.kegembiraan yang patut dikongsi bersama RATU terpaksa dipendam AKI. Telefon bimbitnya dicapai. segera perkhabaran gembira itu dikongsi bersama lelaki yg bakal menjadi suaminya itu,lebih senang dikenali sbg H2B (Husband 2 Be).H2B memg memahami. H2B pandai menasihati.H2B seolah kaunselor utk AKI sejak H2B hadir dalam hidup AKI.AKI rasa bertuah dapat mengenali lelaki itu. beberapa minit ditalian bersama H2B, AKI yakin akan keputusan yg bakal dibuatnya. Walaupun tawaran sambung pengajian tersebut akan bermula Feb 2012 ini, (telah pun bermula sewaktu cerita ini ditulis)AKI tahu peluang utk AKI ada pd bulan Julai nnt.Cita-cita AKI akan tercapai...buat masa skrg, AKI perlu memberikan perhatian sepenuhnya dgn persiapan perkahwinan AKI. Dalam tempoh 1-2 bulan, banyak perkara suka dan duka terjadi dlm hidup AKI. Tawaran utk menyambung pengajian "Bachelor Degree in Business Administration" telah berada di tangan AKI. Tapi terpaksa ditunda disebabkan oleh tawaran mengejut dari pihak Universiti yang memerlukan AKI untuk mendaftar secepat mungkin. Perbincangan bersama H2B membawa kpd persetujuan untuk menunda khabar gembira tersebut. AKI sentiasa berdoa dan berharap segala apa yang dirancang dimakbulkan oleh Allah SWT...Cinta AKI pd Allah tidak pernah luput dari dalam jiwa AKI. Cinta AKI pd H2B diharap mendapat keberkatan dan diredhai Allah. Kisah cinta dan cita-cita AKI takkan pernah lupus dari kotak memori AKI.AKI bersyukur dikurniakan dgn orang2 yang memahami jiwa AKI. Alhamdulillah.

Wednesday, February 1, 2012

aku tahu kisah hidupnya...cinta dan benci~

AKI suka lagu ni.kena dgn kisah hidup AKI.untuk semua cinta dlm hidup AKI.



with love,

aku tahu kisah hidupnya...tenang dan gelora

perjalanan pulang dr kerja amat menjengkelkan semua pemandu di lebuh mahameru..tp AKI tetap tenang..dgn bahu senget ke kanan AKI membetul2kan posisi duduk apabila terlihat warden kawalan trafik di susur masuk ke PLUS highway dan jalan tun razak.dgn rokok berasap terselit di antara jari,gelagat mereka diperhati tanpa rs segan.AKI meneruskan perjalanan pulang meninggalkan hiruk pikuk kota kuala lumpur yang akn menyambut ulangtahun penubuhan wilayah pd 1feb esok. dlm memikir ke mana arah tuju smpena hr cuti umum itu,telinga AKI dpt menagkap bait2 lirik2 lagu yg difikirkan baru shj dimainkan. AKI tergumam.perasaan itu dilayan sehingga sampai ke rumah.

kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian eratnya pelukmu
nikmatnya belaimu takkan pernah terlupakan
oh ibu terima kasih untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu untuk terbalaskan
oh ibu semoga tuhan memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi dalam hidupku
ooohh putih kasihmu kan abadi dalam hidupku

oleh:ungu band