Thursday, March 8, 2012

aku tahu kisah hidupnya...andai itu takdirnya

Perjalanan menuju ke pejabat seawal jam 7pg dgn niat mahu mengekalkan prestasi kedatangan yg baik terbantut apabila tb di ruang barisan kereta yg sgt sesak di plaza tol jalan duta. AKI merengus pfffttt..dihatinya timbul sesal mengapa tdk menggunakan pengangkutan awam je td?? tren komuter...smbil menekan brek kereta dan meletakkan gear pd neutral,jemari tgn kiri AKI sebok menukar saluran radio, di cari saluran yg dirasakan kena dgn jiwanya kala bosan didlm kereta dgn keadaan yg sesak. Suria fm yg mjadi lauk paginya itu sdh tdk menepati citarasa AKI. AKI beralih ke Era fm. Sama je..sejak saluran radio swasta tumbuh bgai cendawan ni, byk pengiklan2 dan pengusaha mengiklan produk mereka dgn menggunakan medium radio. Semak jadinya, klu kat tv, iklan lg lama masa yg diambil dr drama sama lah jgk radio, iklan lebih lama dr lagu...huh. Tb2 AKI terhenti pd saluran radio terkenal..HOTFM. Sekilas pd pendengaran AKI, subjek yg dibincgkan adalah mengenai MADU...ye, MADU ye kwn2. AKI tertarik dgn topik yg dibincangkan...pd AKI perkataan madu itu bkn satu perkataan asing dlm hidup AKI. Klu nak diikutkan, byk erkara berkaitan madu yg boleh ditakrifkan dan dikaitkan dlm hidup AKI. Sebutkan jer...AKI dah xheran, AKI dah xkisah.Berbalik kpd topik y dibincangkan di radio itu td. Kebanyakan pemanggil yg memberikan komen dan nasihat adalah dr golongan wanita. Ye, WANITA. Kenapa? Mungkin lelaki takut, malu atau apa2 sahaja yg akn mereka hadapi jika membuat panggilan kpd stesen radio itu. Dah kata, subjek pun : MADU, APAKAH IMPAK POSITIF DAN NEGATIFNYA? Mahu xkecut perut lelaki2 di luar sana? Malah pemanggil2 wanita tu pun memg terlibat dgn kes madu2 ni..xkesahla, dia dimadukan ke, dia anak kpd org yg dimadukan ke, atau dia tu kwn kpd kwnnya yg dimadukan. Setelah beberapa lama dicabar dan dirayu oleh dj wanitaitu, akhirnya terdapat seorg pemanggil lelaki menembusi talian stesen radio itu. Dgn nama dikenali sbg Salleh (nama tipu, AKI xigt nama sebenar pemanggil). Salleh memulakan bicara dgn nada seorang lelaki ikhlas. Betul2 ikhlas. AKI dpt rasakannya. Percaturannya dgn membuat kptsn utk bernikah dgn seorang GRO yg pernah bersekedudukan dgn lelaki lain mendpt persetujuan dan keredhaan dr isteri Salleh. Keputusan yg dibuat bknlah semata krn hawa nafsu, tetapi utk membantu GRO yg dikenalinya itu hanya di kedai mkan...timbul rs ingin membawa wanita itu ke jalan yg benar..pulang ke pangkuan Tuhan yg satu. Wlaupun terdpt 4 thn perbezaan umur Salleh dgn wanita itu, itu lgsg tdk mjd masalah kpd Salleh utk menunaikan niat nya. Salleh amat bersyukur dan berterima kasih kpd isteri yg pertama krn redha dgn keadaan itu. Sallleh tahu, isterinya itu adalah isteri terbaik utk hidupnya dan sgt2 menyayangi wanita itu. Salleh rs gembira dan bersyukur isteri keduanya yg dl hidup dlm noda dan dosa kini berubah, dr rambut kuning mjadi hitam dan berhijab.dr skirt pendek bertukar ke jubah.Alhamdulillah....Salleh menambah, dia x akn berjaya mengubah isteri keduanya tanpa dorongan dan nasihat dr isteri pertama. Salleh sedar, tidak semua GRO diluar sana mahukn hidiup mereka begitu, dan itu terbukti bila Salleh menikahi isteri keduanya. Wlupun luarnya telah busuk, tp didalamnya sgt suci. Mereka memerlukan bantuan lelaki. Bantuan dr lelaki yg benar2 ikhlas membantu mereka. Dihujung perbualan Salleh meneyru pd semua lelaki agar tidak menyia2kan wanita, hargailah wanita. Wanita memerlukan bimbingan dr kamu wahai lelaki. Oh, tidak semena2 air mata AKI mengalir...AKI teharu dgn ucapan lelaki itu, wlupun br mencecah umur 30an, gaya percakapannya sgt teratur..seperti seorg yg berpelajaran. Dan AKI tahu dia ikhlas. AKI membayangkan apabila AKI berada di tmpt istei pertama Salleh. Besar sungguh pengorbanan seorang isteri itu..AKI respect dgn keredhaan wanita itu. Sanggupkah AKI sekiranya terpaksa berada di tmpt wanita suci itu? Mampukah AKI menghadapi saat ijabkabul suami sendiri di depan mata? Wlupun Allah telah menjanjikan payung emas sbg ganjaran nya nnt? MAMPUKAH AKI? Wlupun AKI tahu pengorbanan itu adalah utk menuju jalan keredhaan Allah....andai itu takdirnya, AKI redha.